It has been a very very long journey from Putrajaya to Kedah. Usually Papa will only takes about 10 hours to drive from Putrajaya to Kedah. But last night and today( I can says that) our journey turned to be so challenging and yet tiring. On last Saturday, Abang Kemal was successfully married to Kak Hanim. and on Sunday, we had Abang Kemal wedding and everything at Putrajaya. There so many things happen at that wedding day.
20091221
Bila kereta mati malam2 di highway dan jumpa hantu.
pentaipan bermula pada 4:52 PM 0 comment(s)
20091216
Macam mane nak masuk U kalau course pun tak tahu.
I does't know which course to choose.
pentaipan bermula pada 1:21 PM 0 comment(s)
20091215
Tak tahu cakap Jermen
Kalau ade tapi tak guna wat pe kan? I nak mintak maaf kat kawan2 I di MySpace sbb tak balas semua comment apatah lagi message sumpah haram I tak nak balas. Dan list friend request yang dah lame dijadikan pekasam. I sungguh tak aktif di MySpace sejak berapa bulan yang lalu. Cukup annoying bila ade yang cakap ' Weh haram sombong die ni, nak balas comment pun susah'.
Ske ati aku la, aku tak mintak duit kau pun nak beli nasik, apatah lagi broadband ni Papa aku yang bayar bukan bapak kau.
ok Bye.
P/S: Main barbie dapat hilangkan stress. :P
pentaipan bermula pada 1:37 PM 0 comment(s)
20091214
Gila babi tu macam mane ek?
As you all know( ceh kau pehal tbe2 nak ckp omputih) minggu lepas mama tak berapa sihat and terpaksa masuk hospital for about 3 days. mmg sangat tak dpt dilupakan. I pun tak berapa sihat dalam beberapa hari. tapi demam I tak lah seteruk mama pnye demam. but i dpt mc 4 days. Best tak best? I tak masuk kuliah a week and skng padan muke kau Naddia kau belaja la topik2 yang dah terlepas tu sendiri ye. fuhhh.
Ari ni adalah first day selepas tak masuk kuliah a week. nasib bain attendance tak kena bulat. :P Semuanya berjalan lancar, tapi serious byk gle assingment! Agama, Bi, Bio. haishhh semua la. esok malam ade quiz bio sampai sampai bab 5 dimana I tertinggal whole bab 5, dan I masih sempat online di petang hari ni kan. hashhh.
Btw arini ade orang kementrian pe jadah nak check kebersihan bilik, and I telah bertungkus lumus mengemas bilik. ni lah hasilnya.

pentaipan bermula pada 6:11 PM 3 comment(s)
20091212
Zahnita saman Gulatis 2mil.
Ok temanya sekarang adalah, saya suke Zahnita sbb die cantik, ayu dan anggun. Sape tak suka kan? Nahh tgk ni. I suke sgt sgt sgt!
pentaipan bermula pada 3:00 PM 1 comment(s)
20091211
Wanita Berpurdah
Suatu kisah...
Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.
Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.
Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.
"Siapakah wanita itu?"
Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.
"Adakah wanita itu orang gila?"
Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.
Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.
Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.
"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.
"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
-------------------------------
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati'.
Credit to iLuvislam
p/s: Impian, menjadi seorang wanita solehah.
pentaipan bermula pada 12:16 PM 1 comment(s)
20091204
Bra for men.
sekarang, lelaki tak boleh merungut tak dapat pakai bra ok.
Cute kan, I ske yg payung couple tu. :P
pentaipan bermula pada 11:49 PM 1 comment(s)
20091130
:P
P/S: Esok ade banyak gle quiz. ceyy poyo la kau, padahal dua quiz je.
pentaipan bermula pada 7:44 PM 1 comment(s)
20091129
Your Airline Community.
Sekarang berada di KMP. Maghrib tadi sampai. Perjalanan yang sangat meletihkan, ceyy poyo la kau naddia mcm la kau naik bas balik Perlis. Tapi serious mmg meletihkan, bukan pe, sbb tdo lambat semalam. Malam semalam g uptown ngn Kak Suzie, Kak long, Mena n Iqa. Sampai rumah dekat kul 3 pagi, yela keluar pun dah kul 1 kot. Tapi seronokkkk! Lepak Zubaidah pas habis shoping. :P
Haa nak cte pasal flight ptg tadi, hujan sumpah lebat cat and dog la ptg tadi. I ckp dalam hati ' Flight mesti delay ni, and buku outing aku mesti kena tahan ni, haishhh'. Then Pak Cik hantar la g airport Subang berhimpit2 dalam keta semua nak antar I g airport ceyyy perasan padahal semua org nak g jmpe Kak Mimi.
Pas dah check in semua, I pun tngu la kat dalam tu kan, hujan tak berhenti2 lagi, pessengers yg baru turun semua disediakan payung utk turun. Payung semua warna seragam iaitu oren, hahaha. Pastu sepatutnye boarding kul 5, tapi kul 5 I tak masuk2 lagi dlm perut kapal terbang tu. I mmg agak dh, kelambatan akan terjadi di sini.
Then dgn lebat2 hujan tu kami semua dgn muke bahagia ambil payung warna oren tu dan naik la flight. I pelik sikit la, nape tak delay walaupun hujan serious lebat. Tapi bagus la tak delay, tak la tngu lame2 dalam tu.
And yg paling bahagia, buku outing I tak kena tahan. :P
P/S: tak sempat nak update pasal raya n New Moon. Pics sume ade dalam cam Kak Long, nanti la ye. :)
pentaipan bermula pada 8:33 PM 0 comment(s)

















